Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

IMAMKU ENCIK PILOT - Bab 11

MAK CIK FARA  dan anak tunggalnya, Adriana Ainatul datang mengunjungi rumah mek pagi hari lagi. Mak Cik Fara ini kakak ibu. Adriana Ainatul ini pula sepupu aku. Hah… Kalau nak tahu, Adriana Ainatul atau selalu orang sebut Yana memang digelar paling cantik dalam ramai-ramai cucu-cucu perempuan mek. Cantik pada rupa, tidak pada hati juga. Oleh kerana kebongkakan mereka yang terlampau melebih takat didih sehingga mendidihkan perasaan orang lain, maka ramai yang tidak menyukai mereka. Mak Cik Fara ini jenis kaki mengumpat, kaki mencaci dan segala kaki-kaki yang tak baik. Yana pula amat cerewet bila berkaitan dengan kecantikan. Namun suka menunjuk-nunjuk. Sebab itu bila dalam group Whatsapp anak-beranak, ada dua group . Satu group yang ada Yana dan mamanya, lagi satu tiada kedua-duanya. Yang ada Yana di dalamnya, selalu sangat tengok Yana hantar gambar dia pergi beli-belah atau makan di tempat mewah. Sebab itu dalam group yang tiada mereka, semua anak-beranak pakat mengutuk. Ha

MAKE ME LOVE YOU - Bab 19

AKHIRNYA , Adam dan Mak Cik Hanum bersetuju untuk melakukan ujian DNA. Kami bertiga kini berada di hospital. Aku tak mengharapkan apa-apa yang lebih. Tetapi, kalau benar Adam itu ada sangkut-paut dengan Mak Cik Hanum dan arwah Zahin, aku berdoa sangat semoga Allah tunjukkannya. Biar kebenarannya dapat kami lihat. Jika keputusannya menunjukkan sebaliknya dan memang terbukti Adam itu adalah anak Datin Zaza, aku reda juga. Kita tak tahu apa yang akan berlaku, namun apa jua yang berlaku, aku tak rugi pun. Sekurang-kurangnya aku mencuba. Kalau aku tak mencuba, barulah boleh kata rugi. “Lama lagi ke kita kena menunggu?” tanya Mak Cik Hanum kepadaku dengan wajah yang resah. Aku faham perasaannya kini. “Kenapa, mak cik?” “Mak cik nak pergi tandas. Mak cik tak tahan dah ini.” “Pergilah. Sempat kut kalau mak cik pergi sekarang. Daripada tahan, nanti mak cik yang dapat susahnya.” Mak Cik Hanum terus beredar mencari tandas berdekatan. Tinggal aku dan Adam sahaja. Sedari ta

IMAMKU ENCIK PILOT - Bab 10

“KENAPA  degil bawa kereta sendiri, ini? Nanti balik, nak naik kereta siapa?” Daniel bercekak pinggang, dengan muka keliru seperti memikirkan sesuatu. Aku cuma sengih. Sengaja nak biarkan dia berteka-teki. “Adalah. Bukan sengaja Qasha bawa kereta ini suka-suka. Qasha ada rancangan baik punya.” Aku angkat ibu jari ke atas. Daniel masih tak faham apa aku maksudkan. Macam mana nak faham, aku belum cerita lagi! “Maksudnya?” “Kita  dating  dengan kereta masing-masing. Abang dengan Qasha, Encik  Macho  dengan Cik Jelita. Macam mana? Okey tak idea Qasha?” Aku terangkan  plan  khas yang sudah dirancang. “Dengan  uniform  macam ini?” Dia tunjuk baju  uniform nya. Nampak seperti tidak senang riak wajahnya, seperti memikirkan yang dia kena  dating  dengan  uniform  tersebut. “Tukar aje la  uniform  itu dengan baju lain. Qasha dah bawakan baju  spare .  Don’t worry .” Semuanya tanggung beres! “Nasib baik. Kalau tak, segan abang dengan  uniform  ini. Pandangan orang jadi se