Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

MAKE ME LOVE YOU Bab 9

AKU menarik selimut menutup seluruh badanku kecuali muka. Penghawa dingin aku hidupkan melalui alat kawalan jauh. Masa untuk menulis di atas katil. Malas nak menulis di meja. Aku mula menaip di atas papan kekunci. Tap! Tap! Tap! Siap sudah tiga bab selepas tiga jam menulis. Aku tenung jam di dinding. Aku mula pukul dua tadi, sekarang sudah pukul lima petang. Cantik! Aku terus masuk blog dan publish satu bab. Seperti biasa, tak boleh lebih-lebih. Kena pandai marketing . Biar pembaca sentiasa nak tahu apa yang berlaku seterusnya dan kemudian mereka rasa tak tahan sangat, mereka terus beli buku di kedai buku. Itu salah satu contoh marketing strategy. Aku kongsi link ke Instagram seperti selalu. Supaya orang sedar karya aku yang terbaik ini sudah upload bab baru di dalam blog . Selepas kena puji dengan Adam tempoh hari, aku terus cop karya aku ini terbaik. Bukan yang biasa-biasa lagi. Tak sampai beberapa minit, satu komen masuk. DaMiEn_Damien : Wow! Tak sabar nak tahu apa yang ter

MAKE ME LOVE YOU Bab 8

SAMPAI di MPH Bookstore di Alamanda, aku berjumpa dengan pihak penganjur dan wakil dari rumah penerbitan untuk selesaikan beberapa urusan. Tak ambil masa lama, sebab aku terus duduk di tempat yang disediakan untuk sesi meet & greet bersama pembaca. Berdebar pula aku. Terasa macam nak pergi toilet pula. Jangan, Miya. Nanti jumpa iPhone hilang. Haha. Aku masih tak boleh lupa kejadian itu. Masih melekat di ingatanku. Mahu tak lupa, bila muka bedak tebal dengan perangai berlagaknya itu asyik jadi bahan kutukan aku di dalam hati. Dari tempat aku duduk ini, aku dah boleh tengok ramai orang tengah pegang novel aku. Tiba-tiba aku terasa macam artis pula. Macam seorang penyanyi terkenal tengah tunggu peminat dengan album untuk aku tandatangani. Bezanya, kalau penyanyi tak buat di kedai buku. Dia buat dekat lobi utama itu. Paling ketara perbezaannya, penyanyi kaya. Aku harapkan royalti buku saja. Nasib baik cover dengan bisnes novel aku itu. Topup lagi dengan jualan

IMAMKU ENCIK PILOT - TEASER 1

" SOMETIMES... We need to let it go for our happiness. Trust me, you'll get the better than past ." "Kalau saya tetap tak dapat kebahagiaan yang saya nak?" "Itu maknanya, kebahagiaan yang awak akan dapat lebih besar daripada apa yang awak jangkakan. Kesabaran akan membuahkan hasilnya." "Mungkin? Entahlah. Saya rasa tak boleh." "Jangan cakap tak boleh. Bolehkan juga. Keberanian adalan kuncinya. Kalau awak tiada keberanian, awak tak akan dapat memasukinya." "Awak tetap berada di sisi saya, kan?" " Do you still remember this ? Satu tambah satu, jadinya dua. Awak dan saya, jadinya cinta." Terharu. "Saya takut." "Jangan takut, sayang. I will there, in your side ." "Janji... jangan tinggalkan saya." "Hanya maut yang dapat pisahkan kita."

MAKE ME LOVE YOU Bab 7

Pesanan Mesra (?) Kalau nak follow saya, boleh add saya di FB : Pena Putera dan Ilham Karangkraf : Pena Putera. Hoping enjoy reading for you! You think you real cool, you’re not! You think you real cool, you’re not! Nae sengagiepun. Boy, you ain’t cool than me, nah! AKU tekun menulis sambil dengar lagu Girls’ Generation bertajuk You Think . Konon nak ambil auralah. Biar bersemangat sikit nak tulis. Selesai taip lebih daripada seribu patah perkataan, aku buka blog. Nak publish untuk bacaan orang ramai. Selesai publish di blog, aku buka Instagram dan kongsi link di sana. Sekali dengan upload gambar yang aku edit tadi. Nak promosikan cerita aku supaya adalah yang sedar karyaku yang tidak seberapa ini sudah ada bab baru. Tak sampai beberapa minit, sudah ada orang komen. Aku baru nak kongsi link di Facebook pula. DaMiEn_Damien : As expected, always good! Nak sambungan, please… Ayat paling akhir sekali paling tak boleh blah. Ingat aku ini ada sepuluh tangan nak menulis lepas

MAKE ME LOVE YOU Bab 6

BALIK dari makan di luar, jumpa lagi seorang mamat gila. Patut ke aku panggil dia gila bila dia itu ada latar belakang pendidikan sains? Tapi, masalahnya duduk merenung seorang diri dekat luar rumah itu dah kenapa? Elok aku turun dari kereta, dia ambil peluang untuk menegur. “Baru balik daripada jalan-jalan, ya?” Dia tanya dengan ramah. “Haah. Kamu ini duduk dekat luar malam-malam ini buat apa?” Kak Lin pun ramah bersembang. Aku nak masuk rumah ini, tetapi nanti Kak Lin mesti tegur aku. Katanya, dengan jiran, kena beradab. Haih… masalahnya dengan mamat ini aku tak boleh beradab. “Saja nak ambil angin malam. Sejuk. Boleh release tension sekali.” “Masalah di sekolah?” “Biasalah, kak. Kalau tak ada masalah, bukan kehidupan namanya.” “Apa panggil kak pula? Panggil Kak Lin la. Nampak mesra sikit.” Damien angguk saja. Alahai, cepatlah habis. “Miya, kenapa macam tak senang berdiri itu? Ada masalah ke?” tanya Damien memandangku. Aku larikan mata ke arah

MAKE ME LOVE YOU Bab 5

“MAAF I lambat sikit. Kawan I call tadi.” Aku disergah dengan suara seorang wanita yang menghampiri lelaki mirip Zahin. Kali ini, aku lagi terkejut. Perempuan yang aku terlanggar sewaktu di KLIA. Perempuan berlagak itu! Sedap mulut kau saja label dia macam itu, Miya. Tapi, memang betul pun. Memang suara dia dalam telefon tadi sesuai sangat dengan muka bedak tebal dia itu. “Eh, you buat apa di sini? Tak cukup nak langgar I, you nak langgar boyfriend I pula? Sampai jatuh cinta?” Bunyi macam dia menyindir, tetapi aku tak simpan pun. Aku pun dah biasa sindir orang. Sekejap… Perempuan ini gelar lelaki itu boyfriend dia? Biar betul? Kenapa aku rasa seperti tidak senang pula? “Meera, dia datang nak pulangkan telefon you. Dia yang jumpa telefon you. Patutnya you terima kasih pada dia tau. Bukannya tiba-tiba datang, dah buruk sangka dekat orang. Perangai tak senonoh betul!” Aku diam sahaja. Tak kisah sangat perempuan yang bernama Meera itu kena tegur, tetapi mendengar suara

MAKE ME LOVE YOU Bab 4

KAK LIN balik ke rumah akhirnya setelah selesai urusan kerja di luar bandar. Kasihan Kak Lin, terpaksa mengorbankan hujung minggunya untuk bekerja. Jadi, aku sediakan nasi goreng paling istimewa pagi ini sebagai hadiah kerja keras Kak Lin. Sepatutnya, boslah bagi extra OT. Tapi, aku ini adik yang baik. Memahami kakaknya. Ceh, puji diri sendiri! “Kawan pejabat Kak Lin dah cuba baju kurung koleksi terbaru kamu itu. Dia kata, sedap pakai. Tak rasa panas. Kain dia pun lembut saja. Corak pun cantik. Berbakul-bakul dia puji, kamu tau?” Kak Lin cerita. Apa lagi, Miya? Waktu untuk kembangkan hidunglah! “Alhamdulillah. Kalau kawan Kak Lin suka, Miya tumpang gembira juga. Kepuasan pelanggan, kepuasan Miya juga.” Aku sengih lebar sebelum menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulut. Sedap juga aku masak. “Ayat macam ayat dalam iklan Facebook. Kepuasan anda, kepuasan kami juga. Oh ya, nanti kakak nak lagi lima pasang baju kurung yang koleksi terbaru ini. Kawan Kak Lin nak

MAKE ME LOVE YOU Bab 3

BERAT langkah aku mahu melangkah ke dalam. Aku hanya berdiri di luar, memerhati setiap sudut restoran itu. Apakah ini mimpi bagi aku? Restoran yang bercirikan masakan western itu sudah lama bertapak kira-kira lima tahun, hasil pencarianku dengan bantuan Encik Google. Tetapi, ini tak mungkin… Kalau betul itu dia, kenapa restoran ini sudah berusia lima tahun, sedangkan tidak sampai selama itu dia pergi. Adakah itu dia? Dia benar-benar masih hidup? Tetapi, kalau itu dia, siapa pula yang aku lihat buat kali terakhir sebelum ini? Zahin Ilman… Dia adalah pemilik hatiku sebelum ini. Kami berkenalan dari universiti. Adat bercinta, mula-mula berkawan, bila sudah menyelami hati masing-masing dengan mendalam dan tertarik dengan keperibadiannya, maka cinta mula berputik. Tamat pengajian, kami terus bertunang dan sudah setahun. Malah, kami merancang untuk bernikah selepas dia pulang dari kursusnya. Tetapi, ketika dia pulang dari kursus kerjanya di luar negara, dalam perjalanan

MAKE ME LOVE YOU Bab 2

CEPAT-CEPAT aku bangun dan buat-buat bodoh, seakan-akan tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Aku cuba bawa bertenang. Tidak mahu kelihatan gelabah. Pandanganku terkalih kepada dia. Mengimbas gerangan siapa lelaki ini? Rasanya aku tak pernah jumpa dia sebelum ini? “Awak ini siapa ya?” tanyaku hairan. Tetapi, pelik juga macam mana dia tahu nama aku? Nama aku Miya, dan dia sebut Cik Miya. Bukankan sebutan kedua-dua nama itu sama dan aku adalah gerangan pemilik nama. “Oh ya… Sebenarnya, saya baru pindah sini. Saya tinggal sebelah rumah awak. Itu rumah saya.” Dia tunjuk ke arah rumahnya di sebelah kanan rumahku. Maknanya, jiran sebelah rumah yang Kak Lin maksudkan adalah lelaki ini rupanya. Wah… boleh tahan juga lelaki ini. Ada rupa. Haih! Mulalah terbayang muka hero dalam drama itu. “Nama saya Daim Damien. Awak boleh panggil saya Damien.” Dia perkenalkan diri dengan senyuman di bibirnya. Aku jadi kekok, sebab bila bertemu dengan orang baru, bab perkenalkan diri in

MAKE ME LOVE YOU Bab 1

PULAU LANGKAWI benar-benar mempunyai daya tarikan tersendiri. Sepanjang aku berada di sini, aku berasa amat gembira. Pelbagai aktiviti yang aku lakukan di sini. Sampaikan aku boleh tulis sebuah buku pengembaraanku di sini. Semenjak aku datang, memang tidak menghampakan. Sayangnya aku perlu pulang apabila sudah tiba waktunya. Selama empat hari di sini, sudah banyak kenangan indah yang tercipta. Berat benar langkah mahu meninggalkan pulau ini. Pulau yang digelar Langkawi Permata Kedah ini memang sebuah permata tidak ternilai. Sedihnya perasaanku ketika ini. “Weh, kau tak apa-apa ke? Kalau nak menangis, boleh aje menangis. Jangan risau, aku cover line untuk kau,” seloroh Dania, kawan satu sekolah, satu geng dengan aku. Minah ini memang aku ganyang dengan cili juga. Nasib tak ada cili, tetapi rasanya kalau guna coklat, efektif juga. Sebenarnya, aku datang ke Langkawi berlima. Empat lagi kawan-kawan aku, termasuklah Dania. Mereka semua kawan satu sekolah. Alhamdulillah,

MAKE ME LOVE YOU - PROLOG

AKU berjalan melalui laluan yang dihiasi lilin-lilin yang bernyala dalam bekasnya sehingga membuatkan suasana di sekeliling aku terasa lain. Seakan aku berada di dalam sebuah filem romantik yang selaluku tonton, tetapi kini akulah watak utamanya. Keadaan ini persis dengan salah satu babak dalam filem romantik itu. Seperti ada yang aku terlepas pandang. Apa yang sebenarnya telah berlaku? “Sayang.” Kepalaku menoleh ke belakang “Abang?” Dia tersenyum cantik. Membuatkan hati aku cair. “Apa semua ini?” tanyaku hairan. “ Happy anniversary ?” Aku hampir terlupa semuanya. Barulah aku tersedar, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinanku dengan suamiku. Aku tersengih sendirian dan memandang dia, seakan tidak percaya aku boleh melupakan hari bersejarah seperti ini. Sedar tidak sedar, kami berdua sudah bertahan sehingga ke tahap ini bersama-sama. Dan dia… masih dengan senyumannya yang cantik itu. “Abang sediakan semua ini khas untuk sayang. Do you like it ?” Aku anggukan kepala. Ser