Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

[BAB 6] SNOW WHITE DAN ROSE RED

HARI  yang baru menjelang lagi. Sinaran matahari pagi ini sungguh indah dilihat. Usai bersiap untuk ke pejabat, Hanna turun ke ruang makan untuk bersarapan. Kelihatan adiknya sudah pun menjamah bihun goreng di meja makan bersama ibunya. Dia ambil tempat duduk dan tuangkan air kosong ke dalam cawan. Minuman pertamanya pada hari ini dan rutinnya setiap pagi. Hanna sudah lama amalkan rutin ini. Dia tahu banyak khasiat yang boleh kita peroleh dengan minum air kosong sebelum minum atau makan hidangan lain. Antara khasiatnya dapat meningkatkan metabolisme, mencegah gangguan pencernaan, kulit menjadi lebih sihat dan banyak lagi. “Umaira, lepas kamu habis makan ini nanti tolong hantarkan bekal makanan dekat rumah pak long. Boleh, tak?” Puan Suria meminta tolong anak bongsunya. Tersedak Umaira makan setelah mendengarnya. “Kenapa Umaira pula? Umaira kena gerak terus pergi tempat kerja hari ini. Mana boleh lambat. Hari ini ada  meeting .” Umaira mengelak. “Susah betul minta tolong budak

[BAB 5] SNOW WHITE DAN ROSE RED

Imej
WAKTU  kerja telahpun tamat. Umaira lekas mengemas barang untuk pulang. Sempat dia membelek muka di cermin kecil miliknya untuk membetulkan apa yang patut seperti tudung. Bila dirasakan tiada apa lagi yang perlu dibetulkan, Umaira meletakkan cermin kecil itu dalam tas tangannya. "Weh, nak balik dah?" tanya Mila, entah muncul dari mana. Bikin Umaira terkejut dengan kehadirannya. "Habis itu, tak akanlah aku nak  stay  dekat sini sampai esok pagi. Sampai masa balik, aku baliklah. Kau fikir aku ini pekerja yang rajin sangat?" "Bukan itu dulu, ke?" "Itu aku yang dulu. Bukan aku yang sekarang." Mila tersengih. Dia menghulurkan  pendrive  yang diberi Umaira tadi. Umaira  blur . Tidak faham apa yang dimaksudkan Mila dengan huluran itu. Kenapa bagi dia pula? "Aku ingatkan ini aku punya. Rupanya aku dah ada. Kau ambillah." "Eh, kenapa bagi aku? Ini bukan aku punya juga. Kau pegang ajelah. Lepas itu tanya siapa-siapa, ma

[PUISI] HARI INI

Imej
Hari ini, sepi sekali. Hari ini, awan berarak mendung. Hari ini, terasa sangat menggelisahkan. Adakah hanya aku yang merasainya? Atau aku tidak keseorangan? Aku cuba mencari jawapan. Namun, aku diketawakan. Aku dipandang sinis. Seolah apa yang aku rasakan, menghiburkan mereka. Sedangkan aku menderita di dalam. Hari ini, aku cuba tersenyum. Hari ini, matahari bersinar terang. Hari ini, terasa lebih tenang. Aku yakin, orang lain juga merasainya. Aku tidak keseorangan. Aku silap. Sejauh mana aku cuba memanipulasi minda, ia tetap hadir, mengejarku. Dan aku tersungkur, tidak mampu lagi berlari. Hari ini, menjadi lebih sepi. Hari ini, guruh berdentum di langit. Hari ini, terasa lebih menakutkan. Tapi, aku percaya. Aku mampu hadapinya. Tiada apa yang mustahil. Hanya satu yang kupinta. Wahai dunia, fahamilah derita kami!

[BAB 6] TATKALA CINTA TERUJI

Imej
PERLAHAN-LAHAN  Ryan mendekati Azyah dan berdiri di sebelah sambil menemani adiknya itu melihat pemandangan bintang yang terbentang indah di langit malam. Azyah yang perasan dengan kehadiran abangnya itu, tersenyum. Entah kenapa, raut wajah itu memberikan dia satu ketenangan. Setelah bertahun-tahun matanya tidak pernah bertentang dengan raut wajah itu, dia lega bila abangnya itu sudah membuat keputusan untuk pulang ke sini, rumah asalnya. Azyah akui, kisah silam abangnya sangat perit untuk diungkit semula. Sangat memalukan dan mampu memberi tekanan yang boleh menyebabkan seseorang itu berfikir untuk mengakhiri hidupnya. Walaupun tidaklah seteruk itu, tapi kepergian lelaki itu untuk sementara waktu memberinya rasa kehilangan. “Macam mana perasaan tinggal di negara orang? Seronok tak?” tanya Azyah. Dia tidak masuk forum bila abangnya bercerita pengalaman tinggal di negara orang. Lebih seronok kalau dia bersendirian dan melihat bintang yang bersinar. Sejak mengandung ini, pelik-pel

[BAB 5] TATKALA CINTA TERUJI

Imej
BADAN  rasa tidak sedap membuatkan Azyah berehat seketika setelah selesai mengemas rumah. Kepalanya terasa pening. Lantas dia berbaring berbantalkan kusyen sofa. Walaupun matanya terpejam, masih ada banyak perkara yang bermain di fikiran. Ketika itu, barulah yang dia teringat ibunya ada suruh dia dan Fakrul datang ke rumah. Telefon di atas meja kopi kaca itu dicapai lalu nombor suaminya didail. Agak lama juga dia menunggu Fakrul menjawab panggilannya. “Kenapa telefon abang ini? Ada apa-apa, ke?” tanya Fakrul sejurus menjawab panggilan. “Azyah nak tanya abang balik awal tak hari ini? Tadi ibu telefon, dia ada suruh kita datang rumah malam ini.” “Abang tak tahu lagilah sama ada hari ini abang balik awal atau lewat. Belakangan ini banyak sangat abang kena kerja buat di pejabat.” “Kalau abang balik lewat, tak akanlah Azyah kena pergi seorang diri pula. Nanti apa kata ibu dan ayah kalau abang tak ada? Azyah tahu, kerja abang itu penting bagi abang tapi kerap sangat abang balik