Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

[BAB 8] TATKALA CINTA TERUJI

HUJAN  turun dengan lebat membasahi lantai bumi. Di satu sudut meja makan, Azyah duduk termenung memikirkan sesuatu. Fikirannya kusut. Berat kepalanya untuk memikirkan masalah rumah tangga ini. Bagaikan ada beban yang berat sedang ditanggungnya membuatkan dia hampir jatuh tersungkur dalam situasi ini. Dadanya sentiasa berdebar setiap saat. Gemuruh jiwanya tidak dapat disembunyikan. Walau sejauh manapun dia cuba untuk bawa bertenang dan berfikir secara positif, entah kenapa seperti ada sesuatu yang mencucuknya untuk bertindak sebaliknya. Hanya Tuhan yang memahami bagaimana peritnya perasaan ini. Tidak mampu dia luahkannya kepada sesiapa. Keluaranya tidak boleh tahu tentang masalah ini. Semuanya masih belum jelas. Azyah bimbang seandainya ahli keluarganya mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan. Dia harus berhati-hati dengan tutur bicaranya. Biarlah masa yang sesuai tiba, barulah dia akan katakan. Yang penting, dia harus tahu kebenarannya terlebih dahulu. Namun, sanggupkah dia

[PUISI] NAFAS BARU

Setiap memori ada ceritanya. Suka atau duka, tetap sebuah memori. Usah dikenangkan duka lalu. Teruskan hidup mencipta memori baru. Yang lebih ceria dan penuh semangat. Marilah kita bersama-sama. Sayang-menyayangi satu sama lain. Hapuskan rasa benci serta dendam. Biar dunia lebih indah dengan perasaan cinta. Sayangilah dirimu sepenuh hati. Meskipun banyak kekurangannya, dan kau berasa sedih dengannya. Cubalah kau lihat dengan mata hatimu. Pasti ada banyak kelebihan dirimu. Manfaatkannya sebaik mungkin. Dan mulakan nafas baru. Walaupun aku jatuh di tengah jalan, aku perlu bangun dan berusaha lagi. Kerana setiap kebahagiaan tidak datang dengan sendirinya. Dan aku perlukannya. Untuk menjadikan hidup ini lebih bersinar. Jika kau terasa sendiri, mengalah dengan hidupmu, jangan pernah kau akhiri hidup. Cubalah kau buka mata hatimu. Dunia ini akan kelihatan indah yang sebenarnya. Hiduplah sebaik mungkin. Dan mulakan nafas baru!

[BAB 7] TATKALA CINTA TERUJI

"DAYAH,  apa kata lepas habis kerja ini kita pergi jalan-jalan dekat  uptown . Nak tak?" cadang Hani sewaktu dia dan Hidayah sedang mengemas kedai. Hani menyapu lantai manakala Hidayah menyusun barang jualan. Berubah terus wajah Hidayah menjadi lebih ceria dan bersemangat tiba-tiba. "Pantang diajak, memang aku ikut aje. Dah lama rasanya tak jalan-jalan di sana. Rindu pula rasanya bila mengenangkan memori lama." Hidayah bersetuju dengan cadangan Hani. Sudah lama dia tidak jejakkan kaki di sana. "Amboi... Macam dah berabad tak pergi." "Biasalah. Syurga dunia bagi perempuan kut." Hidayah menyambung kerjanya menyusun barang. "Tapi itulah, kalaulah ada yang sudi jadi  bodyguard  kita sewaktu jalan-jalan di sana, mesti rasa lebih selamat dan seronok. Siapalah yang agaknya boleh jadi  bodyguard  kita itu?" ujar Hani, secara tidak langsung cuba beri maksud tersirat di sebalik ayatnya. Hidayah mencebikkan wajahnya bila dapat tangkah m