[PUISI] NAFAS BARU

Setiap memori ada ceritanya.
Suka atau duka, tetap sebuah memori.
Usah dikenangkan duka lalu.
Teruskan hidup mencipta memori baru.
Yang lebih ceria dan penuh semangat.

Marilah kita bersama-sama.
Sayang-menyayangi satu sama lain.
Hapuskan rasa benci serta dendam.
Biar dunia lebih indah dengan perasaan cinta.

Sayangilah dirimu sepenuh hati.
Meskipun banyak kekurangannya,
dan kau berasa sedih dengannya.
Cubalah kau lihat dengan mata hatimu.
Pasti ada banyak kelebihan dirimu.
Manfaatkannya sebaik mungkin.
Dan mulakan nafas baru.

Walaupun aku jatuh di tengah jalan,
aku perlu bangun dan berusaha lagi.
Kerana setiap kebahagiaan tidak datang dengan sendirinya.
Dan aku perlukannya.
Untuk menjadikan hidup ini lebih bersinar.

Jika kau terasa sendiri,
mengalah dengan hidupmu,
jangan pernah kau akhiri hidup.
Cubalah kau buka mata hatimu.
Dunia ini akan kelihatan indah yang sebenarnya.
Hiduplah sebaik mungkin.
Dan mulakan nafas baru!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[BAB 15] TATKALA CINTA TERUJI

CERPEN - IMAGINASI

IMAMKU ENCIK PILOT - Bab 8