Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

CERPEN - IMAGINASI

Imej
CUACA pagi ini mendung. Aku berjalan penuh resah. Bimbang seandainya hujan akan turun. Kalau dilihat pada langitnya yang gelap, hujan lebat pasti akan turun. Sudahlah payung tidak bersama denganku. Mahu aku dalam kebasahan menuju ke sekolah. Nasibku baik kerana sewaktu sampai di kelas, barulah hujan turun. Makin lama, makin lebat. Aku ambil peluang untuk mengulang-kaji pelajaran sebelum waktu pemudahbicaraan dan pembelajaran akan bermula sebentar lagi. “Fayyad, kau dah tahu belum?” Soalan Zahid, rakan sekelasku yang duduk di sebelah mengalihkan fokusku dari menumpukan mata kepada buku. “Tahu apa?” Aku kurang tahu. “Tahniah weh. Kau menang pertandingan cerpen itu. Sekarang cikgu tengah cari kau. Dia kata nak jumpa dengan kau.” “Biar betul?” Seperti ragu-ragu. “Betul. Nampaknya, minggu depan ada rezekilah kau nak naik pentas waktu perhimpunan. Sekali lagi, tahniah.” Aku terdiam. Dalam diam, hatiku gembira mendengarnya. Seperti yang dikatakan Zahid, aku