[BAB 12] SNOW WHITE DAN ROSE RED
USAI bermesyuarat, Umaira menapak keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang sukar diramal. Dia berjalan menuju ke mejanya dan terduduk sepi di situ. Rakan-rakan sekerjanya curi-curi pandang. Cuba menafsirkan situasi melalui wajah Umaira. Ada yang bercerita berita buruk dan sebaliknya. Kebanyakannya yang buruk sajalah. Biasalah... Manusia suka berfikir melulu tanpa bukti yang kukuh. Umaira masih diam di mejanya. Tidak bercakap, tidak berganjak... Kelakuannya itu amat membimbangkan orang lain. Sebenarnya, apa yang baru sahaja terjadi? Masing-masing ingin tahu. "Eh, kenapa pandang orang itu? Tak ada kerja lain nak buat? Sekarang ini dah jadi penghendap?" Farah menegur beberapa pekerja dengan suara lantang. Separuh terkejut mereka dibuatnya. "Diamlah. Kami semua nak tahu berita pasal Umaira. Buruk atau baik." "Begitu ceritanya. Kenapa? Cari bahan untuk gosip?" perli Farah. "Kalau bergosip pun, bukannya masalah kau. Tapi, kalau kau ada mas...
Ulasan
Catat Ulasan