Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

[BAB 3] TATKALA CINTA TERUJI

Imej
Lima tahun kemudian... “TAHNIAH  Puan Azyah. Berdasarkan hasil keputusan ujian tadi, Puan Azyah positif hamil dan kandungan Puan Azyah kini berusia dua bulan,” ujar doktor yang bertugas merawat Azyah. Tatkala mendengar jawapan untuk persoalannya, senyuman Azyah mula terukir gembira. Matanya jadi berkaca, mahu menangis bahagia mendengar khabar gembira itu. Penantiannya selama lima tahun akhirnya telah membuahkan hasil. Kesabaran yang dia pegang selama ini tidak sia-sia. Walaupun lama untuk dia peroleh berita gembira ini, tetapi dia cukup bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya. “Nampaknya puan terlalu gembira mendengar berita ini.” Doktor itu meneka bila dia melihat ada air mata yang keluar dari mata Azyah. Azyah yang baru sedar, lekas menyeka air matanya yang bergenang. Ini bukanlah air mata kesedihan, tetapi inilah air mata kegembiraannya. “Saya betul-betul gembira doktor. Saya rasa bersyukur sangat. Dah lama saya nantikannya dan alhamdulillah, Allah dah makbulkan d

[BAB 2] SNOW WHITE DAN ROSE RED

Imej
SEHARIAN  bekerja di pejabat, akhirnya tibalah masanya untuk pulang berehat di rumah untuk mengecas semula tenaga yang telah hilang setelah digunakan untuk bekerja. Hanna juga tidak terkecuali. Memegang jawatan sebagai pengurus memerlukan tenaganya yang lebih besar. Makanya, ketika ini yang hanya terlihat di matanya adalah katil yang empuk bersama pendingin hawa yang menyejukkan bilik. Alangkah bagusnya kalau dapat berehat dalam keadaan begitu. Habis dia pecut kereta dengan kelajuan semaksimum yang mungkin biar cepat sampai ke rumah. Sayangnya, waktu puncak tidak dapat dia elak. Jadi, dia tiba hampir lewat sejam lebih kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pukul tujuh setengah dia sampai rumah.  Ngam-ngam  waktu maghrib tak habis lagi. Cepat-cepat dia mandi dan solat supaya tidak tertinggal waktu solat. Sewaktu sampai di rumah, Hanna berasa aneh kerana kereta adiknya tidak kelihatan di kawasan perkarangan rumah. Adiknya masih di pejabat atau terperangkap dalam kesesak

[BAB 2] TATKALA CINTA TERUJI

Imej
SARAFINA  duduk termenung. Memikirkan masalah yang sedang dihadapinya kini. Dia tidak tahu bagaimana nak selesaikan semua ini. Makin rumit masalahnya kini. Tidak tahu ke mana lagi dia mahu meminta tolong. Kepalanya sakit memikirkannya. Selepas penjelasan yang diberikan doktor sebentar tadi, dia sudah buntu. Ibunya perlukan pemindahan jantung dengan kadar segera atau jika tidak, ibunya tidak dapat diselamatkan. Buat masa sekarang, mujurlah doktor sudah menemui penderma jantung yang sesuai dengan ibunya. Tapi, dia diuji dengan perkara lain pula bila tidak mampu membiayai kos pembedahan itu. Tiba-tiba, sebuah buku akaun bank dihulurkan kepadanya. Terkedu Sarafina memandangnya lalu dia mengangkat muka. Wajah Yana tersembul di hadapannya. “Apa ini, Yana?” tanya Sarafina kurang faham dengan pemberian ini. “Yana mungkin tak ada banyak simpanan. Tapi, mungkin ini boleh tolong ringankan beban Kak Sara. Yana pun nak tolong umi juga.” Sarafina menolak pemberian itu lantas menggeleng.