Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

[BAB 7] SNOW WHITE DAN ROSE RED

SEPERTI  kebiasaan, Hanna, Umaira dan Puan Suria akan bersama-sama di meja makan untuk makan malam. Suasana meja makan lebih sunyi berbanding daripada biasa. Tidak meriah seperti selalunya. Kalau tidak, mulut Umaira memang akan membebel sambil makan. Sampai boleh buat karangan. Namun, kesunyian di antara mula pecah apabila Puan Suria membuka mulut. “Hanna, Umaira… Hujung minggu ini Mak Cik Salmah ada jemput kita pergi majlis kahwin anak bongsu dia. Tak silap ibu, yang perempuan itu. Apa namanya?” Puan Suria cuba mengingat. “Yang Jannah itu ke? Tapi, Hanna dengar dia baru habis SPM. Tak akan dah nak kahwin? Cepatnya?” Hanna tertanya-tanya. “Biasalah… Jodoh dah sampai. Tunggu apa lagi? Kahwinlah. Tak macam anak-anak ibu ini. Masing-masing dah bekerja pun, tak bawa balik lagi bakal menantu untuk ibu. Ibu ini dah teringin nak timang cucu. Sampai sekarang tak merasa lagi.” Sempat Puan Suria menyindir anak-anaknya yang masih hidup membujang. “Dah itu, jodoh tak sampai la

[BAB 10] TATKALA CINTA TERUJI

SEPERTI  malam semalam, hujan lebat turun lagi pada malam hari ini. Azyah merasakan dia bagai disindir langit tentang perasaannya hari ini. Secawan kopi di atas meja tidak terusik pun. Tiada selera untuk Azyah menghirup kopi itu. Ketika itu, wajah Azyah benar-benar suram. Ada sesuatu perkara yang terus bermain di fikirannya menyebabkan dia rasa tidak tenang. Setelah apa yang disampaikan oleh detektif peribadinya pada siang tadi, hatinya berkecai seribu. Tidak disangka malah tak pernah terdetik dalam sesaat yang dia terfikir suaminya sanggup lakukan begini kepadanya. Selepas dia berkorban untuk rumah tangga ini, inikah balasannya? Hampa. Azyah amat hampa dengan suaminya. “Puan Azyah?” Suara itu menyapa halus gegedang telinga Azyah lalu wajahnya diangkat memandang pemilik suara. Semakin hebat debaran di dada pada detik ini. Jantungnya mahu luruh tatkala matanya bertembung dengan pandangan si dia. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba untuk menempuh dugaan yang tak terduga

[BAB 9] TATKALA CINTA TERUJI

SARAFINA  menunggu anaknya keluar daripada tadika untuk menamatkan sesi persekolahan pada hari ini. Walaupun di bawah payung, terik matahari masih terasa. Usai itu, kelihatan ramai kanak-kanak mula berpusu-pusu keluar mendapati ibu bapa mereka. Begitu juga dengan Aqil yang berlari ke arah ibunya. Lantas, tubuh kecil itu memeluk pinggang ibunya. Terasa sejuk hati Sarafina dengan pelukan itu. Jiwanya tersentuh walaupun hanya perbuatan yang kecil, namun memberi kesan yang mendalah di hatinya sebagai seorang ibu. Mereka melangkah ke kereta dan Sarafina mula memandu pergi. “Hari ini, kita makan di luar dengan papa tau,” ujar Sarafina kepada anak kecilnya itu. “ Yeay ! Hari ini papa makan dengan kita!” Girang si Aqil bila mendengarnya. Tersenyum Sarafina melihatnya. “Mama, tadi di sekolah… Cikgu ada ajar Aqil melukis. Cikgu puji lukisan Aqil cantik sangat. Mama nak tengok?” “Tak apalah. Nanti kejap lagi mama tengok. Sekarang mama tengah memandu, kena fokus.” Lembut tutur bicara