Catatan

[BAB 13] SNOW WHITE DAN ROSE RED

UMAIRA  bergegas ke hospital setelah dihubungi kakaknya yang salah seorang sepupunya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan. Hari ini memang hari malang sedunia atau apa? Tak baik fikir negatif, Umaira. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. "Apa dah jadi, Kak Hanna? Bagaimana Soffiya boleh kemalangan pula?" soal Umaira mengenai kemalangan sepupunya. Setahu dia, Soffiya sedang sarat mengandung. Ya Allah, beratnya ujian untuk sepupunya. Lebih berat daripada dia dibuang kerja kerana menengking seorang peguam yang menuduhnya ' pervert' . Hilang semua  respect  dia pada Datin Wahida. Eh, wanita tua tak sedar diri itu boleh jalanlah dengan bisnes fesyen dia. Lagipun, Umaira tak rasa dengan kehilangannya di syarikat itu akan memberi kesan. Mereka ada Karissa,  designer  paling unggul untuk masa ini. "Dengar cerita, dia keluar pergi kedai... Entah macam mana, ada motor terlanggar dia. Kira kes langgar lari," jawab Umaira berdasarkan versi cerita yang dia

[BAB 15] TATKALA CINTA TERUJI

ANAK  kecil mereka diperhati penuh simpati. Si kecil yang riang dan petah berkata itu hari ini senyap dan muram. Hanya tidur sahaja bertemankan kain tuala basah di dahi. Sesekali, Shahira mengelap tubuh anaknya dengan kain basah tersebut. Biar suhu badan anaknya turun. Dia mahu lihat anaknya cepat sembuh. Qayyum mengusap tangan kecil anaknya dengan sayu. Beberapa hari lepas sebelum dia berangkat pergi, anaknya menghantar dia dengan senyuman. Sangkanya, kepulangannya akan disambut dengan senyuman itu. “Budak-budak, kalau demam itu biasalah. Nak membesarlah katakan. Jangan dirisaukan sangat. Yang penting, beri makan ubat pada waktunya. Nanti sembuhlah Amila itu. Budak ini nak sembuh lebih cepat dari kita orang tua,” ujar Puan Zaleha, ibu Shahira dan ibu mentua Qayyum. “Ira risau sebab Amila ini budaknya jarang jatuh sakit,” luah Shahira penuh gelisah. “Orang yang makan garam lebih ini dia tahulah. Percaya cakap ibu. Amila itu tak ada apa-apa. Jangan sebab terlalu risaukan Ira, k

[BAB 12] SNOW WHITE DAN ROSE RED

USAI  bermesyuarat, Umaira menapak keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang sukar diramal. Dia berjalan menuju ke mejanya dan terduduk sepi di situ. Rakan-rakan sekerjanya curi-curi pandang. Cuba menafsirkan situasi melalui wajah Umaira. Ada yang bercerita berita buruk dan sebaliknya. Kebanyakannya yang buruk sajalah. Biasalah... Manusia suka berfikir melulu tanpa bukti yang kukuh. Umaira masih diam di mejanya. Tidak bercakap, tidak berganjak... Kelakuannya itu amat membimbangkan orang lain. Sebenarnya, apa yang baru sahaja terjadi? Masing-masing ingin tahu. "Eh, kenapa pandang orang itu? Tak ada kerja lain nak buat? Sekarang ini dah jadi penghendap?" Farah menegur beberapa pekerja dengan suara lantang. Separuh terkejut mereka dibuatnya. "Diamlah. Kami semua nak tahu berita pasal Umaira. Buruk atau baik." "Begitu ceritanya. Kenapa? Cari bahan untuk gosip?" perli Farah. "Kalau bergosip pun, bukannya masalah kau. Tapi, kalau kau ada mas

[BAB 11] SNOW WHITE DAN ROSE RED

SEMENTARA  menunggu waktu kerja bermula, Umaira melepak bersama kawan-kawannya di kafeteria. Dia di sana bukan untuk bersarapan tetapi tumpang mendengar gosip yang dibawa. Sambil itu, hilanglah sedikit gelisahnya tentang pembentangannya hari ini untuk rekaan terbarunya. Sejak semalam matanya tidak dapat terlelap memikirkan hal itu sahaja. Semuanya telah disiapkan. Umaira punya keyakinan tinggi bahawa kali ini dia akan berjaya. Namanya akan naik semula bersama rekaan pakaiannya. Sekurang-kurangnya, keputusan yang lebih baiklah agar masanya sebelum ini yang dihabiskan untuk melakukan semua persiapan tidak dikira suatu pembaziran. "Tenanglah, Umaira. Jangan nak difikirkan sangat tentang  presentation  itu. Kami yakin yang kau mampu lakukan. Aku percaya, hari ini akan jadi salah satu hari bertuah dalam hidup kau." Farah memberi semangat. "Ya  lo . Saya yakin awak boleh lakukan." Mei Ling juga sama. " Thanks, guys ... Beri semangat untuk aku.  At least ,