[BAB 11] SNOW WHITE DAN ROSE RED


SEMENTARA menunggu waktu kerja bermula, Umaira melepak bersama kawan-kawannya di kafeteria. Dia di sana bukan untuk bersarapan tetapi tumpang mendengar gosip yang dibawa. Sambil itu, hilanglah sedikit gelisahnya tentang pembentangannya hari ini untuk rekaan terbarunya.
Sejak semalam matanya tidak dapat terlelap memikirkan hal itu sahaja. Semuanya telah disiapkan. Umaira punya keyakinan tinggi bahawa kali ini dia akan berjaya. Namanya akan naik semula bersama rekaan pakaiannya.
Sekurang-kurangnya, keputusan yang lebih baiklah agar masanya sebelum ini yang dihabiskan untuk melakukan semua persiapan tidak dikira suatu pembaziran.
"Tenanglah, Umaira. Jangan nak difikirkan sangat tentang presentation itu. Kami yakin yang kau mampu lakukan. Aku percaya, hari ini akan jadi salah satu hari bertuah dalam hidup kau." Farah memberi semangat.
"Ya lo. Saya yakin awak boleh lakukan." Mei Ling juga sama.
"Thanks, guys... Beri semangat untuk aku. At least, ada juga orang yang support aku."
"Tapi, aku rasa aku dah jumpa hari bertuah aku dulu." Mata Syakira gatal memandang si segak di meja hujung sana. Yang lain cuba mencari apa yang sedang dilihat Syakira lalu menggeleng kepala.
"Hot gila dia. Aku nak snap gambar dia senyap-senyap..." Syakira mengambil gambar peguam syarikat itu dan... Klik! " And then, aku nak post dekat WhatsApp story dengan caption 'My Destiny'."
"Ewww... Jijiknya," kutuk Mei Ling depan-depan.
"Lantaklah. Dengkilah itu." Syakira menjelirkan lidah. Memang buruk benar perangai.
"Bagi sini, aku nak tengok gambar 'jodoh' kau itu." Umaira merampas telefon dari genggaman Syakira. Tak sempat Syakira halang.
"Suka-suka aje ambil," cebik Syakira dengan wajah masam mencuka. Tak puas hati. Tak dilayan pun oleh Umaira dan hanya terus memerhati gambar itu dengan caption Syakira. Gediknya Umaira baca.
Tiba-tiba, lelaki itu bangun dan kelihatan seperti menghampiri meja mereka. Masing-masing terkejut dan cuba untuk menafikan lelaki itu hanya akan melintasi mereka. Namun, mereka silap kerana lelaki itu benar-benar menuju ke meja mereka dan kini... Lelaki itu di sini.
"Delete my photoRight now!"
Matanya tajam memandang Umaira. Ketika itu jugalah, semua mata tertumpu kepada Umaira. Umaira yang bingung dengan perbuatan lelaki itu, cuba berfikir kenapa dia yang dimarahi?
"Encik ini kenapa? Encik nak marah saya sebab apa pula? Saya tak buat salah apa-apa pun." Umaira membela diri.
"Jadi, kenapa nak kena ambil gambar saya, pervert?"
Suara-suara sumbang mula kedengaran berbisik. Umaira tidak senang bila dia diperhatikan dengan pandangan sinis. Kemudian, baru dia perasan yang tangannya memegang telefon Syakira. Sah, mamat ini salah faham.
"Macam ini, encik. Saya rasa, encik dah salah faham. Bukan saya..."
"Jangan nak berdolak-dalih. Ingatkan dalam dunia ini, lelaki saja yang dikatakan gatal. Tapi, perempuan pun boleh tahan gatal. Sini saya nak check."
Telefon di tangan Umaira dirampas oleh lelaki itu. Syakira yang memerhati, mula risau. Ini semua salah dia. Tak pasal-pasal orang lain yang disalahkan. Cuma, kalau dia mengaku ini salah dia, lagi teruk dia kena. Kena cop gatal pula itu. Erghhh... Apa yang dia nak kena buat ini?
"Wow, 'My Destiny'?" Lelaki itu melemparkan senyuman sinisnya kepada Umaira. "Baru tengok muka saya yang kacak, dah mula terbayang saya jodoh awak? Apa lagi yang awak bayangkan? Have a kids with me, pervert?"
"Enough!" jerit Umaira sehingga terdiam satu kafeteria. Keadaan semakin panas setelah tiba di kemuncak konfliknya.
"For your information, I'm not pervert. Bagaimana seorang peguam boleh menjatuhkan kesalahan kepada orang lain tanpa bukti? I mean, bukti yang kukuh. Hanya sebab andaian tanpa menyiasat lebih lanjut, awak tak boleh kata saya yang ambil gambar awak."
"That's not my phone."
Lelaki itu jelas terkejut. Tapi, egonya tidak membenarkan dia mengalah sebegitu cepat.
"Boleh jadi awak ambil gambar saya dengan telefon orang lain."
"Memandangkan kafeteria ini ada kelengkapan CCTV, why not we go check for confirmation that I, pervert or you are loser," cabar Umaira. Lelaki itu mula gentar dengan keberanian wanita tersebut.
Kelihatan wanita itu tahu kemenangannya akan berpihak kepadanya. Kalau dia teruskan, dia pasti akan kalah. Lebih baik dia mengundur diri. Rasanya, wanita itu sudah katakan sesuatu yang benar.
"Jadi, siapa yang ambil gambar saya? Jangan cakap saya tak perasan sebab saya ada saksi."
"Kalau begitu, panggil saksi awak dan suruh dia beri keterangan tentang apa yang baru dia lihat." Dengan gaya seorang peguam, Umaira bercakap.
Tidak lengahkan masa, lelaki itu memanggil kawannya yang menjadi saksi. Mereka kelihatan sedang berbisik antara satu sama lain. Pada akhirnya, mata lelaki itu membulat dan riak wajahnya berubah.
Lelaki itu kembali menghampiri Umaira dengan muka tidak puas hati.
"Apa jawapannya?"
"You're right. Not your fault. Maaf untuk salah faham yang dah berlaku."
"After you call me pervert? Front of many people here? I guess it's not easy." Umaira menolak permohonan maaf daripada lelaki itu. Bukannya jual mahal, tapi maruahnya tercalar dengan apa yang baru sahaja terjadi
"Okey... Jadi, apa yang boleh saya tolong untuk tebus kesalahan saya?"
"Entahlah. Buatlah apa-apa yang boleh saya maafkan seseorang yang dah jatuhkan air muka saya." Umaira ambil begnya dan terus beredar pergi dari situ. Tak kuasa nak layan orang gila. Ya, gila! Gila sangat! Sangat-sangat gila!
SENGAJA Hanna singgah di kedai runcit Pak Cik Muhsin. Tujuannya nak beli beberapa barang tapi tak akanlah nak beli barang sahaja, kan? Okey, bunyi macam pelik tapi niat dia cuma nak jenguk keadaan Umar sewaktu bekerja saja. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
"Eh, Hanna. Awak tak kerja hari ini?"
Hanna geleng kepala. "Hari ini ada kenduri rumah mak cik sebelah arwah ayah. Jadi, kena tolong mereka untuk buat persiapan."
"Jadi, kenapa awak datang sini?"
"Saya nak beli beberapa barang untuk buat kuih. Nak beri kepada mak cik saya."
"Oh, macam itu rupanya."
Kekok sekali lagi. Susah untuk Hanna berkomunikasi dengan lelaki yang pemalu seperti Umar ini bila dah ketandusan idea untuk berbual.
"Sebelum saya terlupa, malam nanti datanglah ke rumah mak cik saya dengan pak long. Saya dah jemput pak long tadi. Dia suruh saya beritahu awak suruh balik cepat sikit kalau boleh."
"Tengoklah dulu. Saya tak beritahu lagi dengan Pak Cik Muhsin."
"Dia mesti bagi punya. Saya kenallah Pak Cik Muhsin."
"Awak dengan Pak Cik Muhsin, rapat ke?"
"Nak kata rapat itu taklah. Tapi, saya nak kata dia itu bertolak-ansur orangnya. Alaaa, hari ini aje pun. Bukannya selalu minta balik awal. Kalau dia tak beri, pak long boleh tolong settle."
Umar cuma tersenyum. Tidak membalas apa-apa lagi.
Haih... Payahnya cakap dengan orang pendiam ini. Macam cakap dengan dinding. Hai, dinding! Lama tak jumpa... Mujurlah Hanna ini orangnya berfikiran positif. Haha, positif sangat!
Hanna mencari barang yang ingin dibelinya dan meninggalkan Umar dengan kerjanya.
Umar yang sibuk mengira stok barangan, terlihat pelanggan yang baru berkunjung ke kedai. Dua lelaki bertubuh sasa sedang mencari sesuatu di kedai itu. Semua barang jualan dipandang.
Kerana ketakutan, Umar segera mencari Hanna.
"Hanna, boleh tolong saya tak?"
"Nak tolong apa?"
"Tolong ganti saya. Layan pelanggan di depan itu. Saya sakit perut." Umar segera berlari menuju tandas.
"Umar, saya tak tahulah nak..." Tak sempat Hanna nak habiskan ayatnya, Umar sudah menghilang dari pandangan mata. Anehnya lelaki itu. Macam-macam!
Tak pasal kena kerja cahsier part-time tanpa gaji.
"Dik, kira berapa semua ini," arah lelaki itu kepada Hanna.
Hanna mula melakukan kerja. Mujurlah barang yang dibeli ada tag harga dan tidak banyak. Pening dia nak selesaikan kerjanya kalau tag harga tak ada. Satu masalah nak cari harga barang itu.
Sewaktu mengira jumlah harga barangan, Hanna perasan mata lelaki-lelaki itu galak memandang tubuhnya dari atas ke bawah. Mereka tersenyum antara satu sama lain. Macam ada benda tak baik dalam fikiran mereka ketika ini.
Dasar lelaki miang!
"Semuanya RM 22.60."
Setelah menghulurkan duit, lelaki itu melambai kepada Hanna. "Jumpa lagi, cik adik manis." Lalu, mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
Aku doakan kau berdua jatuh tersungkur depan kedai ini, doa Hanna dalam hati. Alangkah bagusnya kalau begitu. Ketika dia mahu keluar dari kaunter, kedua-dua lelaki itu benar-benar jatuh tersungkur di hadapan kedai.
Tergamam Umaira melihatnya. Dia cuba menahan ketawa dan memandang tempat lain. Ya Allah, tak sangka pula doa hamba dimakbulkan secepat ini. Padan muka, lelaki-lelaki miang sekalian! Allah bagi cash terus!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[BAB 15] TATKALA CINTA TERUJI

CERPEN - IMAGINASI

IMAMKU ENCIK PILOT - Bab 2